Lazy Kuah Kacang Basic
Note 1: Empat (4) bahan utama adalah: i) kacang, ii) bawang, iii) cili, iv) gula.
Note 2: Bahan-bahan optional kalau letak lagi sedap. Kalau tak letak pun tak apa.
Note 3: Tak suka resepi yang ada letak kicap, santan, daun limau purut atau belacan. Untuk kuah gelap, kuah kacang harus dimasak lama dan dipanaskan berkali-kali supaya gula caramelised sendiri di dalam kuah. Barulah kuah akan gelap. Tidak perlu bergantung kepada kicap. Santan sepatutnya tidak ada dalam kuah kacang tradisional. Belacan apabila diletakkan akan berasa kuat dan boleh menukar bau tradisional kuah kacang. Daun limau purut apabila diletakkan boleh menyebabkan kuah berasa seperti pecal, dan bukan kuah kacang tradisional hari raya.
Note 4: Cili boh dan cili blend tidak sama!
Bahan-bahan basic:
2 cawan kacang tanah (kecil ataupun besar)
2 biji bawang merah besar
4 sudu besar @ 1/4 cawan cili blend (atau lebih jika suka)
1 keping gula nisan kerek (dalam anggaran 120-140 gm)
4 sudu besar gula putih (atau suka hati)
Bahan-bahan optional:
1 sudu teh garam (atau suka hati)
1 inci asam jawa, dicairkan dan dibuang biji
1 keping asam gelugur @ asam keping
3-4 ketul kaki ayam atau leher ayam dipotong kecil
1 batang serai (kalau tak letak pun tak apa)
Cara-cara:
1. Rendam kacang tanah di dalam air selama 30 minit - 1 jam. Toskan dan biar sedikit kering. Setelah sedikit kering, goreng dalam minyak sehingga kemerahan atau sedikit keperangan.
2. Blend kacang tanah dengan air yang secukupnya. Boleh blend sebahagian halus + sebahagian kasar.
3. Blend bawang merah dengan sedikit air atau tanpa air jikalau boleh.
4. Menggunakan sebahagian minyak gorengan kacang tanah tadi, tumis bawang merah blend sehingga caramelised.
5. Setelah caramelised, masukkan cili blend. Tumis sehingga pecah minyak.
6. Masukkan blended kacang tanah, pes asam jawa, gula, garam, ketulan ayam, serai dan asam keping.
7. Tambahkan sedikit air lagi sekiranya terlalu pekat.
8. Kuah kacang akan masak apabila kacang sudah sedikit kembang, tiada buih, dan berwarna sedikit gelap. Mungkin akan mengambil masa sekitar 1 atau 2 jam, bergantung.
9. Boleh disimpan dalam freezer, atau dipanaskan lagi untuk menghitamkan kuah kacang. Lapisan minyak juga agak penting supaya kuah kacang tidak cepat basi.
Comments
Post a Comment