Lazy Laksa Penang

Note 1: Adapted from <https://resepichenom.com/resepi/laksa-penang-pekat-dan-sedap/show>.

Note 2: Kuah tidak berwarna terlalu merah kerana tidak masukkan kuah ikan sardin dari dalam tin. Takut kuah laksa terlalu kuat rasa sardin / ikan. 

Ingredients:

Part A
3-4 ekor ikan kembung
5 keping asam gelugur
1/2 bawang merah besar
4 ulas bawang putih

Part B
3 bawang merah besar
1 tin (155gm) sardin dan kuah

Part C
1 tbsp cili blend
2 mangkuk air asam jawa (sebesar tapak tangan) 
1/2 tbsp garam kasar
1/2 tsp stok ayam
+3 keping asam gelugur (kalau tak cukup)
1 genggam daun kesum
1 batang bunga kantan, belah 4

Untuk budak-budak
Sikit kuah bawang
Sikit kuah ikan (tanpa sardin)
Tambah air jika perlu
Halia 2 slice sahaja
Black pepper, garam
(Tak perlu santan budak-budak tak suka)

Mee
500gm mee laksa, dibasuh, direbus, dan ditoskan

Hiasan
Daun salad, dihiris halus
1/2 bawang merah besar, dihiris halus
Timun, dihiris halus
Lada merah besar, dihiris halus
Limau kasturi, dibelah dua
Telur rebus, dibelah dua


Steps:
1. Rebus Part A seketika sehingga ikan sedikit masak.
2. Asingkan tulang dan isi ikan kembung.
3. Blend isi ikan kembung dan Part B tadi dengan air rebusan ikan. Masukkan ke dalam periuk.
4. Blend tulang ikan kembung dengan sedikit air. Tapiskan ke dalam periuk. Buang hampas tulang ikan kembung yang sudah ditapis tadi.
5. Masukkan Part C dalam periuk kuah laksa dan masak sehingga mesra. Mungkin mengambil masa 30-45 minit. Perasakan dengan lebih garam jika suka.
6. Hidangkan bersama mee dan barang-barang hiasan tadi. Enjoy!

 







 

Comments