Weird Rendang Daging Hitam
Note 1:
A spin-off of:
i) Mom's usual rendang recipe
ii) Rendang daging <https://www.aziekitchen.com/2018/06/rendang-daging-yang-sedap-dan-sangat.html>
iii) Rendang daging hitam Pahang <https://khairulhakimin.com/rendang-hitam-pahang-dendeng-pahang/>
Note 2:
Aspire to be as good as rendang hitam Jamil <https://www.sueizza.com/2017/06/rendang-hitam-kuala-lipis-rendang-jamil.html>. Abah kata rendang hitam Jamil ni asalnya dari kedai Haji Mahmud yang berniaga area-area tangga dekat Lipis tu jugak.
Note 3:
Semasa rendang agak kering (contohnya semasa step menumis, atau step akhir mengeringkan rendang), kerapkan menggaul rendang supaya awas-awas tidak terbakar di dasar kuali.
Note 4 : Resepi rendang menggunakan kelapa parut <https://resepi.my/rendang-daging/>. Mungkin patut slow cook sampai jadi rendang tok untuk imitate rendang jamil.
Part A
750gm daging pejal
1. Potong daging segiempat besar-besar. Simpan.
Part B : Rempah halus
2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
3 biji buah keras
Buah pelaga, lada hitam
1. Sangai sampai naik bau.
2. Tumbuk sampai separa halus. Buah keras tumbuk lumat. Simpan.
Part C : Kerisik
500gm kelapa parut
1. Sangai sampai perang gelap. Biar sejuk.
2. Blend sampai keluar minyak. Simpan.
Cooking
Part D : Blend halus
4 biji bawang besar merah
1 cawan cili blend
3 inci halia
3 inci kunyit
3 inci lengkuas
1/2 labu bawang putih
6 batang serai (bahagian putih sahaja)
1. Dengan api perlahan, tumis bawang blend sehingga surut dan pecah minyak. Tumis sekali dengan sedikit garam kasar untuk cepat pecah minyak.
2. Tumis cili blend sehingga surut air dan pecah minyak.
3. Tumis rempah halus, halia, kunyit, lengkuas, bawang putih, dan serai blend sehingga mesra dan naik bau.
Part E
1kg santan perah biasa
2 buku gula melaka comel
2 tbsp garam kasar
6 lembar daun limau purut
1 biji asam keping
Air
4. Masukkan santan, daging, gula melaka, garam, daun limau purut, air dan asam keping.
5. Apabila air sudah mendidih, masukkan kerisik. Kacau rata. Biarkan mendidih lama dan kacau seketika.
6. Apabila kuah sudah semakin sikit, kacau selalu agar awas-awas rendang tidak terbakar di bahagian bawah kuali.
7. Masak sehingga daging rendang empuk. Kacau sehingga agak kering. Perasakan garam gula. Hidang panas.
Optional:
Hirisan daun kunyit
Steps:
Comments
Post a Comment