Weird Easy Murtabak & Roti Canai
Note 1: Recipe adapted from <https://www.google.com/amp/s/www.rasa.my/cara-buat-murtabak-daging-homemade-sedap-ala-bazar/amp/>
Kulit Roti Canai
500gm tepung gandum (jangan pakai tepung roti nanti kenyal sangat tak lembut tak boleh canai)
2 tbsp susu pekat manis
2 tbsp minyak masak
1 tsp garam
1 biji telur yang dipukul
250ml air
1. Campurkan tepung, susu pekat manis, minyak masak dan garam. Gaul seketika.
2. Campurkan telur. Gaul seketika.
3. Campurkan air secara berkala. Kalau pakai bread maker, boleh biarkan dough diuli selama 45 minit sebelum direhatkan.
4. Rehat dalam 10-15 minit (saya rehatkan sampai 2 jam sebab kerja hahaha).
5. Bentukkan bulat bulat dalam saiz sederhana kecil 50gm or so, mungkin dapat dalam 10 - 15 biji bola. Lumurkan dengan marjerin. Simpan dalam bekas yang sudah disapu marjerin. Boleh tuang sedikit minyak masak untuk cover bahagian atas doh.
6. Tutup bekas dan boleh perapkan dalam masa sekurang-kurangnya 4 jam. Lebih pun boleh.
Inti murtabak daging
3 biji bawang merah sederhana besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Secubit garam kasar
100 gm - 300 gm daging
3 biji ubi kentang sederhana besar
1 tbsp serbuk kari
1/2 tbsp lada hitam
1 tsp lada putih
1/2 tsp garam halus
1/2 tsp gula
1/2 kiub pati ayam
Sedikit air
1. Bawang merah - dicincang kasar. Bawang putih + halia + garam kasar - ditumbuk lumat. Lada hitam - ditumbuk halus. Daging - dicincang halus. Kentang - didadu halus.
2. Tumis bawang merah sehingga keperangan.
3. Masukkan daging, bawang putih + halia yang dilumatkan tadi. Tumis sehingga naik bau.
3. Masukkan ubi kentang. Gaul sehingga nampak translucent.
4. Taburkan serbuk kari, lada hitam, lada putih. Gaul sehingga kentang agak2 lembut.
5. Taburkan garam halus, gula, kiub pati ayam yang dipecahkan2. Gaul sehingga rata. Masukkan sedikit air untuk larutkan kiub pati ayam tadi. Boleh ejas rasa ikut suka.
6. Siap.
Assembly murtabak
Dough - kalau 2 layer, cukup untuk lebih 4 murtabak.
Inti - cukup untuk 4-5 murtabak.
Telur - 1 telur dengan 2-3 sudu inti daging
Comments
Post a Comment