Lazy Karipap Kentang Telur

Yield : 25-30 biji kecil, 10-biji besar


Kulit :
2 cups of flour
1 tsp salt
2 tbsp / 28 gm margarine
2 tbsp cooking oil
1/2 cup hot water

1. Adun semuanya di dalam breadmaker dalam 45 minit.
2. Rehatkan doh dan biar sejuk ke room temp dalam 2-3 jam. Rehatkan dalam bekas tertutup yang masih breathable.

Isi Kentang :
1/2 biji bawang merah besar, kisar / finely mince
1-2 tbsp serbuk kari
100gm minced beef
2-3 ulas bawang putih, tumbuk halus
1-2 hiris halia, tumbuk halus
2 tangkai daun kari
2 biji kentang besar (1 mangkuk), dadu halus
1 tbsp daun sup, finely mince
Air secukupnya (untuk lembutkan kentang & daging)
1/4 tsp garam kasar (kerana serbuk stok ayam agak masin)
1 tbsp gula (dilebihkan sedikit)
1/2 tbsp serbuk perasa ayam Knorr

1. Tumis bawang merah dalam minyak secukupnya sehingga layu tetapi tidak perang.
2. Kemudian, masukkan serbuk kari yang tidak dicampur dengan air. Tumis sehingga pecah minyak dan garing.
3. Masukkan kentang yang didadu halus. Gaul sehingga kentang translucent.
4. Masukkan daging kisar, bawang putih, halia, dan daun kari. Tumis seketika sehingga air daging keluar & separa kering. Ini untuk hilangkan hanyir daging yang berlebihan tetapi tidak sampai keringkan daging.
5. Masukkan air yang cukup untuk merebus daging dan kentang sehingga empuk, tetapi tidak soupy. Sekitar 2 cawan & boleh tambah jika perlu sepanjang masakan.
6. Boleh masukkan daun sup, garam, serbuk ayam, dan gula untuk didih sekali.
7. Apabila kentang sudah empuk, biarkan inti kering & starchy likat. Perasakan lagi dengan garam dan gula jika perlu.
8. Angkat inti dan biarkan sejuk sebelum guna. Jangan pakai untuk karipap sekiranya inti masih panas.

Isi Telur :
4 biji telur, hard boiled & belah 2 atau 4

1. Rebus telur sehingga masak penuh, dalam 10-15 minit dalam air mendidih.
2. Biar sejuk sebelum kupas kulit & belah.



Comments