Lazy Nasi Ayam Penyet, Gepuk
AYAM PENYET
Part A. Ayam
Rebus
5 ketul ayam (250gm)
*1/2 bawang merah besar
*4 ulas bawang putih
*2 batang serai (bahagian putih)
*1 inci halia
*1/2 tsp garam kasar
1/2 tsp serbuk kunyit
1 helai daun salam (bay leaf)
1 keping asam keping
1/2 cawan air
1. Blend halus bahan-bahan bertanda (*).
2. Gabungkan dalam periuk semua bahan. Adjust air sehingga menutupi sedikit sahaja ayam.
3. Reneh sehingga ayam agak masak (dalam 10 - 15 minit). Keluarkan ayam.
Perap & Goreng
*1/2 tsp jintan manis
*1/2 tsp jintan putih
*2 tsp ketumbar
*4 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1/2 tsp garam kasar
1/2 tsp chicken stock powder
1-2 tbsp corn starch
Sedikit air stock rebusan ayam
1. Tumbuk halus semua bahan bertanda (*).
2. Gabungkan semua bahan bersama ayam. Jangan terlalu kering atau cair. Adjust dengan air stock ayam.
3. Perap selama 4-8 jam. Goreng dan hidang.
Kriuk Taburan Ayam
Lebihan air stock rebusan ayam
Lebihan perapan ayam
2 tbsp corn starch
1. Gabungkan semua bahan.
2. Tuang semua dalam minyak gorengan ayam tadi. Selepas habis tuang, kacau sehingga bercerai-berai. Biarkan selama 5-10 minit.
3. Gorengan siap apabila dikacau, gorengan melekat dengan satu sama lain. Boleh angkat semasa gorengan nampak dark golden (walaupun rasa agak lembut, bila sejuk nanti dia mengeras). Ataupun, boleh goreng sehingga dark brown.
4. Tunggu sejuk, kemudian pecah-pecahkan dengan tangan. Tabur atas ayam.
Part B. Sambal
*1 1/2 bawang merah (potong 4)
*1 biji tomato
*5-6 ulas bawang putih
*10 biji cili birds eye (hijau, merah)
4 biji limau kasturi (perahan jus)
1 cubit belacan
1/2 tsp garam kasar
1 tsp gula
1/2 tsp chicken stock powder
Minyak gorengan ayam
1. Tumis seketika bahan bertanda (*) dalam sedikit minyak gorengan ayam. Angkat apabila bahan sudah naik bau.
2. Blend bahan yang sudah ditumis, tidak perlu terlalu halus.
3. Masukkan semua bahan yang lain dan goreng semula atas kuali. Tambah lagi minyak gorengan ayam kalau perlu.
4. Masak sambal sehingga agak kering. Hidang.
AYAM GEPUK
A. Ayam
6 ketul ayam (~500gm)
1 tbsp jintan manis, sangai & tumbuk halus
1 tbsp biji ketumbar, sangai & tumbuk halus
3 ketul buah keras, sangai & tumbuk halus
1/2 tbsp halia tumbuk
1/2 tbsp bawang putih tumbuk
1/2 tsp garam
1/2 tsp serbuk kunyit
1 tbsp oyster sauce (kalau untuk bakar)
1 tbsp bbq sauce (kalau untuk bakar)
1 tbsp corn starch (untuk goreng sahaja, diaduk sebelum goreng)
1. Gaul dan marinade seeloknya semalaman.
2. Terus goreng / bakar ayam daripada rebus dan goreng. So that ayam kekal juicy dan penuh rasa.
B. Sambal
2 cawan cili bird's eye merah & hijau*
1/2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/4 tsp garam halus
1/2 tsp serbuk stok ayam
Minyak untuk tumis (2 senduk kecil)
*Boleh tambah air kalau mahu sambal cair
1 cawan kacang gajus panggang
4 biji kacang walnut panggang
Minyak untuk campur (2 senduk kecil)*
*Boleh lebihkan kalau mahu kuah cair
C. Iringan
Nasi putih
Tempe goreng
Kicap manis ABC
Kobis mentah
Timun mentah
Salad mentah
Kangkung tumis belacan / bawang putih
Kriuk-kriuk
Leftover perapan ayam
2 tbsp tepung beras
1-2 tbsp air
Comments
Post a Comment