Lazy Laksa Johor


A. Kuah Laksa

4 ekor ikan selayang / kembung
4 hiris lengkuas
4 lembar daun limau purut, carik halus
2 keping asam gelugur
Garam kasar
Air (cukup untuk cover ikan sahaja)

Air
Pes laksa johor adami (150gm)
3 bawang merah besar, blend
1 tin (155gm) sardin, blend
200gm santan kara
Garam kasar, jika perlu

Hidang bersama :
Mi kuning
Timun, bawang merah, daun salad
Taugeh celur
Lemon / limau kasturi
Bunga kantan, daun kesum

1. Rebus ikan selayang, lengkuas, daun limau purut, asam gelugur, dan garam kasar di dalam air yang cetek (just enough untuk cover ikan) sehingga ikan agak masak. Tutup api dan biar sejuk.
2. Di dalam periuk lain, gabung air, pes laksa johor, bawang merah blend, dan ikan sardin blend.
3. Asingkan isi ikan dari tulang. Blend isi ikan dan tuang ke dalam periuk kuah.
4. Dalam air rebusan ikan, asingkan daun limau purut, asam gelugur dan hirisan lengkuas dan masukkan ke dalam periuk kuah. 
5. Blend tulang ikan bersama baki air rebusan ikan. Tapis semua cebisan tulang dan tuang ke dalam periuk kuah.
6. Rebus kuah dan masukkan santan. Perasakan dengan sedikit garam, jika perlu.


B. Kuah laksa lemak (for kids)

Sedikit isi ikan selayang & tapisan air rebusan tulang ikan, blended
Bawang merah, halia, bawang putih, lada hitam, garam kasar (tumbuk halus)
Santan
Gula, belacan



Comments