Lazy Nasi Tomato & Lauk
Nasi Tomato1 cawan susu (sejat / segar) terlalu berlemak, muak. Boleh kurangkan sukatan jugak. Sebab hari tu nasi terlalu lembik, mungkin sebab ada banyak tambahan cecair lain.1/2 1 cawan air
1 1/2 cawan nasi (beras wangi / basmati, direndam dahulu 30 minit)
1 tbsp ghee
1 tbsp planta
2 tbsp minyak masak
Rempah (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih)
1/2 biji bawang merah besar, hiris halus
1 biji bawang putih, hiris halus
1 hiris halia, smashed
2 helai daun pandan, simpul
1-2 biji tomato, dadu
100gm tomato puree Duchef
2 tbsp sunquick
4 tbsp kacang pis, direndam
3 tbsp kismis, direndam 10 minit
2 tbsp kacang gajus, direndam 10 minit
Daun ketumbar, racik kasar (akar kalau ada)
1/2 kiub pati ayam
1/2 sudu kecil garam kasar
Garnish :
Daun bawang, daun sup, bawang goreng
1. Tumis rempah sekawan dalam periuk nasi sehingga naik bau. Kemudian, masukkan bawang merah, halia, dan daun pandan. Tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bawang putih dan tomato segar. Kacau seketika sehingga tomato sedikit layu.
3. Masukkan tomato puree. Kacau sehingga pecah minyak. Masukkan sunquick, kacang pis, kacang gajus, kismis, dan daun ketumbar. Kacau sehingga mesra.
4. Masukkan beras. Kacau sehingga fully coated. Tutup api.
5. Masukkan susu, air, garam, dan kiub pati ayam. Kacau sehingga mesra. Habiskan masak di periuk nasi.
6. Setelah siap masak, taburkan garnishes dan hidang panas.
Pajeri Nenas
1 biji nenas masak kuning (kalau muda, perlu celur dahulu sebelum masak)
Rempah (kulit kayu manis, bunga lawang)
1 tbsp udang kering, tumbuk halus
1/2 biji bawang merah, blend
2 butir bawang putih, smashed
1 hiris halia, smashed
3 tbsp serbuk kari daging
Sedikit santan & air
3 tbsp kerisik
Garam
Gula (kalau nenas muda)
1 batang cili besar hijau / merah, dipotong separuh
1. Tumis rempah dan udang kering sehingga naik bau. Masukkan bawang merah terlebih dahulu dan tumis sehingga pecah minyak.
2. Masukkan rempah kari, bawang putih, dan halia. Tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan santan dan air sedikit demi sedikit agar tidak terlalu cair. Kuah harus nampak seperti sambal. Masukkan kerisik. Tumis sehingga pekat dan pecah minyak.
4. Masukkan nenas, cili besar, garam dan gula. Masak seketika sehingga mesra. Jangan lupa digaul agar tidak terbakar di bawah kuali.
5. Hidang panas.
Ayam Masak Merah
Acar Timun
Sambal Belacan Limau
Ikan Masin
Comments
Post a Comment