Weird Kuih Badak Berendam

Note 1 : <https://www.rasa.my/resepi-kuih-badak-berendam-paling-sedap-mudah/>

1. Doh Kuih Badak
4-5 helai daun pandan
2 titis pewarna hijau (jika mahu)
3/4 cawan air
1 1/2 cawan tepung pulut
1 tbsp tepung gandum
1 tsp garam

1. Kisar daun pandan dan air sehingga halus. Tapis dan buang hampas daun pandan.
2. Titikkan pewarna hijau pada air daun pandan tadi. Kacau rata.
3. Satukan tepung pulut, tepung gandum, dan garam. Kacau rata.
4. Masukkan air daun pandan tadi sedikit demi sedikit ke dalam tepung. Uli sehingga menjadi doh. Kalau lembut, tambahkan sedikit tepung pulut (+1 tbsp at a time). Kalau terlebih keras, tambahkan sedikit air (+1 titik at a time).
5. Bentukkan inti kelapa menjadi bulat terlebih dahulu seperti bola supaya senang digunapakai.
6. Bentukkan doh seperti bola kecil dalam 2-3 inci diameter, dan leperkan di tapak tangan. Letakkan inti kelapa (jangan terlalu banyak) di tengah doh tepung dan terus tutup. Juggle kuih badak berendam antara dua tapak tangan agar lebih senang dibentuk bola.
7. Terus campakkan ke dalam air yang mendidih untuk direbus. Jangan biarkan di atas pinggan / mana-mana tempat setelah dibentukkan menjadi kuih.
8. Kuih badak berendam akan siap apabila kuih boleh terapung-apung dengan sendirinya di dalam air rebusan tadi.
9. Angkat, toskan air dan letakkan di dalam bekas dadih santan.


2. Dadih Santan
1 kotak santan kara (200ml)
4 cawan air
1 helai daun pandan, simpul
1 tbsp gula
3 tsp garam halus (boleh tambah lagi jika mahu)
8 tbsp tepung beras*
8 tbsp tepung gandum*

*Rasanya dadih terlalu pekat. Boleh kurangkan 1-2 tbsp tepung untuk dadih yang lebih cair.

1. Masak dadih terlebih dahulu di bawah api sederhana - kecil. Sentiasa kacau dengan whisk untuk mengelakkan dadih berketul besar.
2. Di loyang kuih badak berendam, tuangkan sedikit dadih dan ratakan.
3. Masukkan kuih badak berendam yang baru selesai direbus.
4. Tutup kuih badak berendam dengan cairan dadih lagi.
5. Hidang panas / sejuk.

Comments