Weird Popia Raub Imitation

Note 1: Kulit je yang masih belum berjaya buat.

Note 2: Nostalgia beli popia dekat Raub di pasar pagi Ahad. Memang sedap. Memang lain. Takde orang lain dalam dunia ni yang jual melainkan di Raub sahaja.

Note 3: Sebab filling quite wet and we are making a giant ass popia, it is safer to double wrap our popia.

Ingredients:
Kulit popia square besar - untuk wrapping
1 biji telur - untuk wrapping

Chili Sauce:
2 tbsp cili blend
1 biji bawang merah blend
1 ulas bawang putih blend
3 inci asam jawa dijadikan pes
1/2 tbsp garam
2 tbsp gula putih
4 tbsp gula merah
Air untuk cukupkan 1-2 cawan sos
3 tbsp tepung jagung

Filling:
1/4 cawan kacang tanah
1 biji carrot
1 biji timun
1 cawan taugeh
1/2 box tauhu pressed firm
1/4 cawan suhun lembut
1 tbsp light soy sauce
2 tsp garam - untuk keluarkan air

Yield: 10 fat ass popia rolls

Steps:

Chili Sauce
1. Campurkan semua bahan kecuali tepung jagung di dalam periuk. Didihkan menggunakan api sederhana - perlahan kerana takut spillover.
2. Rasakan manis sos. Sebaiknya terasa manis supaya tidak hilang rasa selepas digoreng nanti.
3. Larutkan corn starch dalam sedikit air. Tambah sedikit demi sedikit dalam sos. Sekiranya sudah pekat, tutup api dan rehatkan sehingga sejuk.

Fillings - Kacang Tanah
1. Sangai kacang tanah tanpa minyak atas api sederhana - perlahan.
2. Apabila sudah masak, tumbuk separa kasar - separa halus. Set aside.

Fillings - Others
1. Parutkan carrot dan timun dalam bentuk matchstick. Boleh dicelur atau digaramkan untuk buang excess air. Saya pilih untuk digaramkan.
2. Gabung carrot, timun, dan taugeh untuk ditaburkan garam halus dalam 2 tsp. Gaul rata dan biarkan seketika dalam sekurang-kurangnya 10-15 minit. Bilas dan toskan air garam. Set aside.
3. Rendam suhun kering dalam air panas. Apabila sudah lembut, toskan air dan potong halus.
4. Ramas tauhu sehingga hancur, gabungkan dengan suhun. Perasakan dengan 1 tbsp light soy sauce.
5. Gabungkan tauhu dan suhun tadi dengan carrot, timun, dan taugeh. Gaul sekata. Set aside.
6. Sediakan dalam 20 helai kulit popia yang sudah diasing-asingkan. Set aside.
7. Dalam mangkuk lain, pukul telur sehingga sebati. Set aside.


Assembly:
1. Ratakan chili sauce atas satu keping kulit popia with around 1" distance from each side.
2. Tabur kacang tanah atas chili sauce.
3. Letakkan dalam 1 - 2 tbsp vegetable fillings tadi. Roll and shape the popia however you want.
4. Lekatkan popia dengan kemas menggunakan telur sebagai 'gam'.
5. Double layer kan popia dengan lagi satu keping kulit popia. Gamkan keseluruhan dengan telur.
6. Goreng popia atas api sederhana - perlahan. Elakkan minyak yang terlalu panas atas api kuat kerana kulit popia sangat mudah hangus. Dan inti mungkin tidak sempat dihangatkan.
7. Tos minyak. Dan boleh serve as it is. Cool down a little before biting into it.
8. Boleh omit chili sauce untuk jadikan popia kering biasa dan serve with sweet chili sauce on the side (not the popia chili sauce).


Preservation:
1. Keep the unused popia wrappers in an airtight seal container. Freeze well until next use.
2. You also can freeze the chili sauce until next use.
3. Vegetables fillings and eggs are not refrigerator-friendly, I'm afraid. Better to use it fully. The recipe calls for at least 10 giant rolls fully maximising the vegetables. Eggs may be added as a bonus filling in the last batch of popia if you want.

















Comments