Lazy Bubur Lambuk Lipis Mari

Note 1 : Suka dengan bubur lambuk lipis tapi tak reti nak buat. Kali ni kita cuba, gabungan bubur lambuk kg baru + terengganu + pahang yang lain. Tak letak ikan je, tak suka.

Bahan A
1 biji bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 biji bunga cengkih
Secubit halba

Bahan B
1/2 biji bawang merah besar (kisar halus)
300 gm daging cincang (cincang kecil)
3 ulas bawang putih (tumbuk halus)
1/2 inci halia (tumbuk halus)
1/2 tsp lada hitam (tumbuk halus)
1/2 tsp garam kasar (tumbuk halus)
1 tsp jintan manis (tumbuk halus)

Bahan C
1 1/2 - 2 cawan beras putih
2 helai daun pandan
1 helai daun kunyit
Segenggam daun kesum
5-6 cawan air (tambah lagi jika perlu)
2-3 batang daun sup

Bahan D
Minyak sapi
1/2 biji bawang merah besar (hiris mayang)

Bahan E
Ulam-ulaman (paku merah, pucuk paku, pucuk ubi)
Garam (secukupnya)
1 senduk extract santan Kara (atau secukupnya)
Hiasan taburan (daun sup, daun bawang, bawang goreng)


Steps :
1. Tumis Bahan A sehingga kembang & naik bau.
2. Masukkan bawang kisar (Bahan B) dan tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging (Bahan B) dan tumis seketika sehingga mula keluar air daging. Jangan tumis sehingga daging kering.
4. Masukkan bahan tumbuk halus (Bahan B). Tumis seketika sehingga naik bau tetapi tidak garing.
5. Masukkan beras, daun pandan, dan daun kunyit (Bahan C). Tumis seketika sehingga beras fully coated dengan bahan tumisan.
6. Masukkan air, daun kesum, dan batang daun sup (Bahan C). Kekalkan api sederhana besar sehingga air mendidih. Kemudian, reneh bubur dengan api kecil sambil tutup periuk.
7. Reneh bubur sehingga nasi pecah dan bubur menjadi pekat. Kerapkali kacau untuk elakkan bubur nasi melekat di bawah periuk & terbakar. Tambah air jika perlu.
8. Goreng bawang besar dengan minyak sapi (Bahan D) sehingga garing dan perang. Masukkan dalam bubur. Kacau sebati.
9. Masukkan ulam-ulaman dan santan (Bahan E). Gaul dan masak seketika. Tambah air jika perlu. Perasakan dengan garam (Bahan E) jika perlu. Siap!
10. Hidang panas dengan taburan daun sup, daun bawang, dan bawang goreng.



Comments