Lazy Asam Pedas Utara / Rebus

Bahan-bahan:
1 ekor ikan talapia
2 biji bawang besar
1 batang lada merah besar
2 biji cili bird's eye
2 inci belacan
6-8 keping asam gelugur
Cili blend secukupnya (ikut selera)
1 bunga kantan
Segenggam daun kesum (ikut selera)
1 biji tomato
Segenggam nenas dipotong serong
1/2 tbsp garam kasar


Kaedah:
1. Tumbuk kasar bawang, cili merah besar, cili merah kecil, dan belacan. Satukan dalam periuk dengan cili blend sesedap rasa.
2. Tambah asam gelugur dan air secukup rasa.
3. Reneh sehingga menggelegak dan cili agak masak. Mungkin mengambil masa 15-20 minit.
4. Masukkan bunga kantan, daun kesum, dan tomato. Reneh lagi sehingga layu dan naik aroma.
5. Masukkan ikan, garam kasar dan nenas. Reneh seketika sehingga ikan masak. Perasakan dengan cukup garam (dan gula jika mahu). Hidang.









Comments